Harga atau Nilai? kecantikkan bagi wanita

by Khairun Nissa

Kecantikan dengan wanita memang tak dapat dipisahkan… umpama irama dan lagu… Sebenarnya apa yang ingin kuluahkan di sini hanya untuk para wanita… terpulang boleh terima ke tak… aku ikhlas berkongsi pengetahuan yang tak seberapa ni…Perasaan sedih, kesian, geram dan puas kadang2 bercampur baur dalam diri ku…

Kenapa aku sedih?… sepatutnya aku tak perlu sedih sebab yang rugi bukannya aku tapi wanita yang di luar sana tu sebab tak tahu menilai sesuatu perkara dan tak pantas merebut peluang yang dah sampai di depan mata…kalau cakap bab kecantikan, tanyalah perempuan kat luar sana tu, boleh dikatakan 99% semua orang nak cantik…tak kira lah cantik muka ke, cantik baju ke, cantik aksesori ke, semua nak cantik….cuma yang aku nak tekankan kat sini ialah kecantikan dan kesihatan kulit . Muka tu adalah aset semua orang…betul kan?

Aset yang amat bernilai ni kalau tak dijaga…lama-lama dia akan hilang seri…yang aku sedih tu sebab kenapa wanita tak tahu menilai produk yang ditempelkan ke muka tu…dah ramai orang yang aku jumpa mengatakan kulit diorang sensitif, macamana tak sensitif kalau dah pakai produk yang bukan-bukan…pakai produk campur-campur…cuba buat sedikit research sebelum nak beli sesuatu produk… kalau muka dah rosak, baru nak salahkan produk…padahal kat surat khabar tu dah bermacam-macam cerita yang tak sedap didengar keluar pasal produk kecantikkan…masih juga pakai…sebab tertarik dengan iklan kot… ataupun sebab tengok duta2 produk semua artis yang cantik, lawa, langsing….dll.

Kesian betul aku bila tengok muka diorang masing2 dah macam udang kena bakar…merah pedih…berjerawat…berjeragat dan macam2 lagi…aku nak tolong…tapi kekadang orang salah faham…tu yang aku kesian sangat…aku tak kisahlah… dan yang aku geram bila orang tak nak dengar pendapat aku…aku pun bukan pandai sangat…. tapi training yang aku dapat aku sharelah sama2…cuma ada orang kadang2 berlagak lebih pandai dari aku…terpulanglah…tapi aku ni Perunding Kecantikkan Terlatih…tak payahlah nak tunjuk pandai kalau setakat dengar2 dari mulut orang ni…kalau nak cakap biar ada fakta…

Bila aku cakap lebih2 org ingat aku nak jual barang… sedangkan aku cuma nak bagitau kelebihan produk yang aku pakai… tak lebih pada tu.. kalau nak kulit cantik, kenalah tengok orang yang promote tu kulit ok ke tak…aku ni kira testimoni bergerak tau… tak payah buat editing… hehehehe… tapi bukan nak berlagak… sebab aku dulu pun pernah hadapi masalah kulit… so aku faham perasaan orang yang menghadapi masalah kulit ni… perasaan malu dan rendah diri mesti ada…bagi aku kecantikan hanya untuk sementara tapi kesihatan kulit tu yang penting…bila kulit sihat, tak payah la nak mekap tebal2, natural je sudah…

Apapun aku puas hati kalau orang yang pakai produk aku tu puas hati jugak dengan hasilnya… aku tak tipu orang punya cuma apa yang aku tekankan selalunya kena banyak bersabar untuk cantik… benda yang lambat selalunya tak memudaratkan berbanding benda yang cepat ni…

Apapun aku boleh beri pendapat sahaja… kerana semua terletak pada hati masing2…tepuk dada tanya selera…kalau ada wanita di luar sana yang inginkan khidmat nasihat aku, aku bersedia bila2 masa je…tanyalah aku apa saja pasal skincare & kosmetik, insyaallah aku akan cuba jawab….

dan ini nasihat aku pada para wanita sekelian, berhentilah guna produk kecantikan yang murah dan lebih kurang sama je packaging dia… label je lain kot…bukan apa produk2 macam tu tak de buat research & development…tak cukup saintis, dermatologis dan oftalmologis yang buat kajian. Diorang tak buat kajian secara intensif…setakat untuk dapat kelulusan kementerian kesihatan je…belilah produk yang ada jaminan dan berkualiti…kalau boleh yang ada money back guarantee… itu lebih selamat…

Fikir-fikirkanlah para wanita…berapakah harga yang sanggup anda bayar untuk kelihatan cantik

Advertisements
  1. #1 by sha on October 20, 2008 - 6:25 pm

    PROMOSI SABUN MIOR HAMPIR TAMAT!!
    CRAZY SALE…JOM ORDER SEKARANG!!!
    Cepat milikinya sebelum terlambat!!!

    APA ITU MIOR ( MIRACLE BAR )?
    MIOR MIRACLE BAR suatu produk terbaru dari Austria, bar pencuci muka yang mengandungi bahan aktif semulajadi yang dapat merawat dan menjaga kesihatan kulit . Hanya 3 minit sahaja serta hasilnya, wajah akan kekal sihat & ayu seharian.
    Dan dijamin tiada kesan sampingan serta selamat digunakan bagi berkulit yang sentitif & berminyak.

    Nama bahan-bahan yang terkandung dalam SABUN MIOR:
    -indinineluxe™ – algae yg kaya dengan antioksida,vitamin dan mineral dari europe utk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.
    -heilmoor clay – terdiri drpd beratus herba,bahan organic, antibiotic yg semulajadi,hormon tumbuhan dan banyak lagi.

    SEKARANG ANDA HANYA MEMERLUKAN 3 MINIT UNTUK MENJADI JELITA. INI BUKAN SEKADAR CAKAP KOSONG, CUBA DULU BARU TAHU KEHEBATAN MIOR FACIAL BAR!!!
    ( Dijamin tiada kesan sampingan & selamat digunakan!!! )

    KEGUNAAN/KEBAIKAN :
    • Matikan jerawat muka @ badan dan mengecilkan pori2 yg besar.
    • Kurangkan kedut muka,facelift up,eyebag,dark circles, parut, jeragat,pigmentation.
    • Bintik hitam dan bintik putih akan hilang & menegangkan muka hingga berseri.
    • Mencerahkan muka,ketiak n bahagian yg hitam & mengurangkan minyak pada muka.
    • Mengurangkan freckles serta dapat menyembuhkan Ekzema & penyakit kulit.
    • Menjadi syampu utk menjadikan rambut lebih sihat,berkilat dan lembut.

    – PENGHANTARAN PERCUMA!!!
    – FREE FACIAL…..PERCUBAAN PERCUMA!!!

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT..SILA HUBUNGI SEGERA:
    DR.SHA: 017-3009937
    ( smartbeauty@ymail.com )
    -sertakan sekali nama & no.tel anda utk kami hubungi anda –

  2. #2 by filanastasia on November 5, 2008 - 8:23 pm

    salamz… tertarik betul dgn tajuk ini.. memang betul la kan.. harga kecantikan tu tak ternilai..

    pst.. betul ke boleh bertanya apa saja pada kamu?? sy ni pun punya masalah kulit muka.. penat dah nak belai muka ni tau.. huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: