Anwar Akhirnya Bersumpah

Anwar berkongsi saat gembira bersama Wan Azizah setelah memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - Reuters

Anwar berkongsi saat gembira bersama Wan Azizah setelah memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - Reuters

Laporan Team Wajah

DSAI akhirnya akur setelah diasak oleh pelbagai pihak untuk bersumpah. Beliau telah bersumpah secara terbuka hari ini di Parlimen sebagai MP. Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen buat pertama kali dalam 10 tahun pagi tadi dan seterusnya mengetuai barisan Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang apabila meraih kemenangan besar 26 Ogos lalu dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi..

Beliau mengangkat sumpah sebagai MP Permatang Pauh di depan Speaker Parlimen sebentar tadi. RTM tidak menyiarkan upacara mengangkat sumpah itu secara lansung walaupun ia sepatutnya ada dalam slot harian Parlimen.

Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan DAP melantik Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada yang dipertua dewan 4 petang semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi Anwar kembali ke Parlimen. Ini terbukti bila tidak terdapat sekatan jalanraya di mana-mana jalan dan trafik kelihatan lancar seperti biasa. Akhirnya pihak Polis mengambil iktibar atas kesulitan dan kemarahan orang ramai akan kesesakan trafik luar biasa sebelum ini apabila sekatan jalanraya dilakukan dibeberapa jalan utama pusat bandar.

Advertisements
  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: