Macam-macam Ada…Lu Pikirla Sendiri!

Nampaknya susana politik Malaysia semakin haru biru. Macam-macam hal yang berlaku sejak PRU12 yang lalu dimana Bn mengalami kekalahan yang teruk di 5 negeri. Sejak itu, gelora politik Malaysia tak pernah suram dan lesu sejak itu. malah semakin hari semakin panas dengan pelbagai isu yang mengundang akal dan fikiran yang waras.

Terbaru, tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai satu cubaan pemusnahan politik terhadap beliau. Sumber-sumber menyatakan bahawa Najib mempunyai kaitan dalam siri konpirasi berulang ini namun disangkal oleh Najib. Ramai menyatakan bahwa Najib telah meminta peralihan kuasa dati Pak Lah seawal Ogos 2008 kerana ditakuti jika melepasi September 2008, Anwar akan mengumumkan pilihanraya kecil dan memungkinkan beliau untuk bertanding serta berpluang menang dengan majoriti.

Jadi apa saja yang berlaku, Anwar atau sesiapa saja yang menjadi penghalang haruslah dicantas terlebih dahulu. Masalahnya tuduhan liwat ini telah pernah berlaku dan ia tidak lagi mengundang kegawatan rakyat. Rata-rata hanya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana rakyat sudah maklum tentang kes Anwar terdahulu. Takkan nak ulang lagi…alamak takde idea baru ke….

Sang penuduh pula seorang pemimpin pelajar yang bercita-cita tinggi dalam arena politik dan pasti akan berbuat apa saja demi untuk menonjolkan diri. Bagaimana dia boleh menjadi sukrelawan di PKr sedangkan selama ini beliau adalah penyokong setia BN adalah amat diragukan. Kami memberi kepercayaan penuh kepada sitem kehakiman dan pihak Polis untuk bertindak bijak dan mencari kebenaran yang hakiki.

Tentang Anwar berlindung di Kedutaan Turki itu, tidak lah diketahui puncanya namun mengikut sumber, ia adalah pelawaan peribadi dari pihak kedutaan. jadi apa akan jadi pada Malaysia kita jika hal-hal begini terus terjadi dan negara semakin bergolak di arena politik dan ekonomi…haa..lu pikirlah sendiri…

Advertisements
  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: