Pengundian Berjalan Lancar
August 26, 2008
Anwar dilihat mengundi di SK Seri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2 pada jam 8.08 pagi.
Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.
Cuaca kelihatan baik dan cerah. Jumlah keluar mengundi di semua pusat mengundi amat ramai. Ramai mengambil peluang cuti khas di Pulau Pinang pada hari ini untuk keluar mengundi di sebelah pagi kerana diramalkan ribut dan hujan lebat akan melanda menjelang petang.
Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Seri Penanti jam 10 pagi. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.
* sumber tambahan dari Malaysiakini.
Peluang Terakhir Memancing Undi di Permatang Pauh
August 25, 2008
Hari ini adalah peluang terakhir bagi BN & PKR untuk memancing undi di Permatang Pauh. Pengakuan saudara Ramlan Porigi malam tadi tentang bagaimana beliau dipaksa oleh “orang atasan” beliau untuk menjadi saksi membuka satu lembaran baru tentang sisatan tuduhan liwat DS Anwar Ibrahim. Ia juga memberi satu tamparan hebat kepada gerak jentera BN.
Sebelum ini media utama memaparkan ceramah yang dibuat oleh BN mendapat sambutan hebat. Namun menurut satu sumber lain, setiap yang hadir telah dibekalkan dengan ‘habuan’ dalam sampul surat yang diberikan ketika memasuki premis ceramah mereka.
Apa lagi kejutan yang bakal dibuat pada malam ini, sama-sama la kita saksikan. Anwar dikatakan mungkin akan menang tipis ditangan Arif Shah ini kerana BN menggunakan cara yang digunakan oleh PAS iaitu mengambil ‘keluarga angkat’ dan rumah mereka dijadikan markas untuk BN menyebarkan ideologi dan strategi mereka. Keluarga angkat yang diambil di kubu-kubu kuat PKR ini juga mungkin mampu memberikan impak terhadap undi Permatang Pauh kali ini.
Esok satu lagi sejarah bakal terjadi di mana tida berlaku Pilihanraya seperti ini sebelum ini. Jika BN menang, ini juga adalah kemenangan pertama Najib dalam proses menjadi Perdana Menteri. Sudah pasti sokongan terhadapnya akan semakin bertambah. Tidah hairanlah kalau seluruh jentara BN dikerahkan ke Permatang Pauh. Jika Anwar menang, ia adalah satu batu loncatan dan tangga untuk beliau mencapai hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Namun pergolakan antara Pakatan Rakyat sekarang, niat DSAI itu masih belum pasti kerana PAS awal-awal sudah menamakan Tuan Guru Haj Hadi sebagai PM. DAP sudah pasti akan merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk menguatkan lagi pengaruh mereka.
Apapun malam ini adalah penentuan untuk keputusan hari esok. Yang pasti 26 Ogos 2008 lebih ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia daripada 31 Ogos ini. Nampaknya sambutan kemerdekaan kita tahun ini begitu suram dibayangi kehangatan Pilihnaraya Kecil Permatang Pauh
Wan Azizah kosongkan Permatang Pauh untuk Anwar.
July 31, 2008
Sekali lagi, isteri dan ibu mithali ini melakukan pengorbanan dengan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk ditandingi oleh Anwar Ibrahim. Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.
Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Permatang Pauh dianggap kawasan selamat kerana sebelum ini Wan Azizah menang dengan majoriti besar 13,388 mengalahkan alon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.
Sebelum ini Anwar pernah berkata akan bertanding di Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baru, namun kesudian Wan Azizah melepaskan jawatan beliau memberi ‘kelegaan’ kepada Anwar dan sudah pasti beliau akan ‘berterima-kasih’ yang amat sangat atas kerelaan isterinya yang tercinta.
Wan Azizah adalah lambang wanita yang cekal walupun beribu kata-kata dilemparkan ke atas suami beliau, namun beliau tetap utuh berdiri disampingnya. Sesungguhnya jika ada orang yang paling patut merima sanjungan tertinggi dari Anwar, sudah pasti ia Wan Azizah.
Sidang media ini dipanggil oleh Ketua Umum PKR itu sehari selepas Hospital Pusrawi menyatakan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan “tidak diperiksa berkaitan liwat”. Beliau diura-urakan akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan itu setelah kertas siasatan ‘liwat’ itu telah siap dan tengah dalam kajian pihak Jabatan Peguam Negara.
Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.
“Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,” katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil. Beliau juga menambah bahawa petisyen untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu akan mengambil masa yang panjang untuk selesai, ketika ditanya kenapa berubah ke Permatang Pauh.
Dubur Saifool tidak koyak!
July 28, 2008
di petik dari tranungkite.net oleh ibnukhuzaimah
“Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.”
doctor’s report says it very clearly. Saiful was never sodomised, either by Anwar or anyone else. Why is the government still pursuing the case against Anwar? And why are they looking for the doctor who has now gone underground with his whole family?
Adapun hikayat Ahmad Said dan 14 Mercedesnya telah diperbesarkan sgt oleh media dan ahli umno sendiri. Seakan-akan Terengganu di bawah Pakatan Rakyat pulak gayanya hehe…Sebenarnya tindakan Ahmad Said membeli 14 Mercedes C200 kepada semua ahli exconya adalah satu tindakan yang berani, di luar norma tindakan BN dan berani menerima kenyataan bahawa kereta nasional sememangnya “kurang” kualiti.
Bukan menyokong atau membantah tindakan beliau, tetapi kentaan beliau ada benarnya. Seorang rakan saya dahulu memang pernah menggunakan Perdana V6 tetapi bila usia mencecah setahun dah buat ‘perangai’. “Gear Box lah, bunyi pelik2 lah di samping maintenance yang tinggi, ia juga ‘kuat’ makan minyak” ujar beliau. Setelah tidak tahan denagn perangai V6nya, beliau terus bertukar kepada Mercedes C200. Ujar beliau Mercedes lebih tahan lama dan kurang maintenance. Gear box pun 2 tahun baru ganti. “Long term memang berbaloi la..”katanya. Bak kata orang Alah Membeli, Menang Memakai…
Walaupun dilihat sebagai tak relevan dan membazir dalam keadaan sekarang ini, ia hanyalah sedikit berbanding pembaziran oleh Idris Jusoh. Kalau untuk jangkamasa panjang, rasanya memang berbaloi ia dibeli..kalau ada bajet apa salahnya…tak gitu?
Anwar dibebaskan dengan ikat jamin
July 17, 2008
Mengikut Malaysiakini.com, DSAI telah dibebaskan dengan ikat jamin pada 9.45 pagi ini setelah ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur. Anwar ditahan untuk diambil keterangan berhubung dakwaan liwat ke atasnya. Anwar dijadulakan mengadakan sidag media pada jam 2 petang ini di kediamannya di Segambut.
Penyokong DSAI telah berkumpul di IPK sejak petang semalam lagi dan sehingga pagi ini keadaan lalulintas menjadi sesak kerana terdapat beberapa sekatan jalanraya di sekita ibukota. Jalan menuju ke IPK juga telah ditutup sejak malam tadi untuk mengahalang penyokong DSAI berkumpul namun telah dibuka semula pada awal pagi ini.
Malam tadi pasukan FRU dan beberapa kumpulan anggota Polis telah berkumpul di hadapan IPK bagi mengawal keadaan. Namun tiada kejadian tidak didingini berlaku. FRU tetap datang dengan meriam air untuk mengawal keadaan walupun tiada apa-apa rusuhan berlaku di sekitar IPK. Penyokong mula beransur meninggalkan IPK pada jam 1.30 pagi tadi setelah mengetahui Anwar tetap akan ditahan sehingga jam 1 tengahari ini.
Semalam Anwar telah ditangkap oleh pihak POlis dengan memintas jalan di jalan utama menuju rumah beliau walaupun waktu amaran belum pun tamat sehingga jam 2 petang. Perbuatan pihak polis ini dilihat oleh rakyat sebagai melampau, tidak menepati janji dan menunjukkan seolah-olah DSAI adalah musuh utama negara seperti Botak Chin dan Kalimuthu sehingga terpaksa menggunakan uni Khas yang bertopeng ala-ala SWAT yang selalunya ditugaskan untuk jenayah berat. Walaubagaimanapun, Anwar tidak dikenakan sebarang tindakan dan akan dipanggil semual pada 18 Ogos ini untuk memberi keterangan.
Apa nak jadi?
July 10, 2008
Sikap keterbukaan yang laungkan oleh semua, ada baik dan buruknya. Bagus dari segi menuntut hak rakyat namun agak kurang elok jika keterbukaan itu menelanjangkan sikap dan sifat seseorang tanpa rasa malu dan segan atas dasar “kasih sayang”.
Mungkin mengambil sikap dua insan bercinta dan berkasih sayang dari barat, hari ini di alam maya tersebar kisah 2 orang Navy yang melafazkan rasa cinta dan kasih sayang melalui laman blog dengan tajuk Hati Seorang Kekasih. Bunyinya cukup indah dan romantis…tetapi ia cukup jelek jika ia adalah hubungan sejenis? Ya benar dan ia telahpun sampai ke pengetahuan Mindef dan menunggu tindakan tatatertib untuk diambil. Ia dianggap memalukan Navy dan Mindef sekaligus. Walaupun mereka jujur menulis pengakuan tersebut namun ia sesuatu yang sukar diterima jika mereka adalah Islam, dan Islam sama sekali melarang hubungan sejenis sesama lekaki atau perempuan.
Walaupun ia boleh dianggap kes terpencil tetapi inilah realiti yang berlaku di Malaysia dan ini hanyalah satu kes. Sampai bila kes hubungan sejenis, sumbang mahram dan seks bebas ini masih dianggap kes terpencil oeleh kerajaan? Tidak adakah satu mekanisme yang boleh difikirkan untuk membendung gejala yang tidak sihat ini? Kebanyakannya dilakukan oleh golongan Melayu Islam tak kira remaja atau dewasa. Apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita di masa hadapan jika perkara ini masih berleluasa. Masanya untuk pemimpin kerajaan atau pembangkang berfikir untuk kebaikan rakyat dari bertelagah sesama sendiri yang akhirnya rakyat yang rugi.
* Saiful (pendakwa DSAI) dilaporkan mengangkat sumpah di Masjid Wilayah malam ini.
Protes Harga Minyak – Perhimpunan Gaya Baru?
July 7, 2008
Telah banyak yang diperkatakan tentang Perhimpunan Protes Harga Minyak di Kelana Jaya yang dianggap sebagai “Karnival Jom Heboh” gaya Pakatan Rakyat. Kenapa ini perkara ini berlaku. Wajarkah ia berlaku? Di mana silapnya?
Kami di team Wajah telah keluar seawal 8 pagi menuju ke Kg baru kerana dikatakan protes juga akan dilakukan di Kg Baru dan KLCC. Sekatan jalanraya telah dilakukan di sekitar pintu keluar Cheras ke Kuala Lumpur. Di fahamkan juga sekatan jalan diadakan di Hulu Selangor dan beberapa hot spot pintu masuk ke KL dan selangor. Ini juga membantu mengurangkan kehadiran rakyat ke perhimpunan Protes Harga Minyak di Kelana Jaya. Setelah keadaan agak lengang di KL kami menaiki LRT menuju Kelana Jaya. Walaupun keadaan lengang di KL namun kebanyakan orang ramai dilihat memakai Baju Merah sebagai tanda sokongan walaupun tidak pergi berhimpun di stadium.
Di stesen Kelana Jaya, Unit Amal PAS telah sedia menunggu untuk membantu orang ramai yang ingin pergi ke stadium. Bas menuju ke stadium penuh dengan rakyat yang bersemangat. Di Stadium kami melihat orang ramai telah penuh membanjiri luar dan dalam stadium. Di fahamkan ada yang telah sampai sejak Sabtu lagi untuk sama-sama menyertai perhimpunan. Ramai peniaga dilihat berjual di luar stadium. Sungguh meriah. saya bertemu teman lama penjual vcd cetak rompak yang kini bertukar arah menjual buku-buku ilmiah. Alhamdulillah. Beliau menyatakan bahawa ramai yang telah sampai sejak sabtu dan tidur diluar stadium. Peniaga juga telah berkampung sejak semalam lagi dan jualan setakat pagi ahad memang menggalakkan.
Di dalam, hanya suku yang membanjiri stadium seawal 10 pagi. Kami terfikir apabila ternampak drum set di pentas. Eh, ada konsert ke? Wakil dari pelbagai pertubuhan dan parti berucap bersilih ganti. Selepas solat zuhur beramai ramai, peserta di selingkan dengan bacaan sajak dan persembahan oleh kumpulan Lawan tetap Lawan dengan muzik metal. Berlaku sedikit provokasi awal orang seorang individu namun dapat dikawal oleh penganjur. Ramai polis berpakain preman di lihat di dalam stadium ‘menyesuaikan diri’ di celah-celah orang ramai. Ada yang memakai kopiah putih ala-ala penyokong Pas. Kami menegur dan dibalas dengan senyuman
Pada jam 3 petang saya meninggalkan staidum dan orang ramai telah sedikit demi sedikit meninggalkan stadium sejak jam 1 petang lagi. Team wajah yang lain menyambung tugas utk sesi petang. Mungkin kerana bahang protes itu kurang terasa kerana keadaan agak selesa di dalam stadium membuatkan ramai peserta menyatakan seakan hilang mood untuk protes. Malah kebanyakannya bersantai mendengar ceramah sambil makan dan minum.
Insiden Carburator Dunk dikatakan menunjukkan punggung memang tidak patut berlaku. Mereka dilihat telah mematuhi peraturan untuk berpakaian kemas dan menunjukkan sikap2 yang baik. Apa yang berlaku lebih kepada silap khalayak kerana untuk membawa persembahan seperti ini, orang ramai harus datang dengan apresiasi dan bukan semua punya sikap begitu. Itu sepatutnya dihalusi terlebih dahulu oleh Hishamudiin rais sebelum membawakan persembahan oleh rakan-rakan beliau. Tidak salah kerana tujuan mereka sama dan kami tetap respect kerana mereka sanggup memberikan persemahan tanpa bayaran satu sen pun. Namun adalah lebih sesuai jika diadakan satu konsert seperti Live Aid sebagai Konsert Protes Harga Minyak, nah sudah pasti kejadian ini tidak akan berlaku kerana mereka mendapat kahlayak yang betul. Ini keana perhimpuann ini disertai oleh warga emas dan kanak-kanak juga. Sudah pasti ia memberi implikasi terhadap kanak-kanak ini dan memberikan tanggapan negatif terhadap warga emas.
Provokator yang melakukannya? Mungkin benar dan mungkin tidak. Provokator memang menunngu masa namun rakyat juga pasti ada yang tersinggung jika mereka tidak faham dengan lirik yang disampaikan kerana yang jelas kedengaran hanyalah’Jilat dan ‘mari menjilat’. Hari ini dilaporkan akan diadakan mesyuarat post mortem tentang perhimpunan ahad lepas. Banyak aspek yang patut dinilai sebelum melakukan perhimpunan seperti ini. Aspek masa yang terlalu panjang juga tidak mungkin dapat mengumpulkan orang ramai kerana tiada masa tertentu yang diperuntukkan untuk berkumpul walaupun ia mencecah 60 ribu orang namun ia datang dan pergi. Statistik begini tidak harus dikira. Ramai mengharapkan semnagat seperti perhimpunan Bersih dan meraka rata-rata lebih suka protes dijalanraya agar suara mereka betul-betul didengar.
Dari sisi lain pula ia memberikan pulangan yang lumayan kepada peniaga-peniaga. Secara tidak langsung ia menggalakkan ekonomi tidak seperti Bersih yang dilaporkan menjejaskan ekonomi dan keuntungan peniaga di sekitar perhimpunan. NGO, dan Pakatan Rakyat harus menilai dan menyusun strategi yang baik sebelum membuat perhimpunan seperti ini dan pengisiannya haruslah konkrit dan tidak meleret-leret. Protes Harga Minyak lebih memberikan tangapan kurang senang terhadap orang ramai dan ini tidak baik untuk imej Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh ghairah untuk membuat sesuatu tanpa memikirkan baik buruk dan implikasinya terhadap rakyat. walaupun Protes Harga Minyak dilihat tidak gagal sepenuhnya, namun banyak yang harus diperbaiki. Seperti JomHeboh yang kemuncaknya dengan konsert, Protes diakhiri dengan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti…jadi kalau ia bukan karnival ceramah…apa lagi yang harus kita namakan ia? Jangan sengaja memberikan “peluru hidup” kepada BN untuk menghentam PR. Fikir-fikirkan…
Siapa Sebenarnya Saiful Bukhari?
July 3, 2008
* original posting oleh Apasaje.com
Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah – pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Pautan lain:
Penafian DSAI
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
credits to: http://ainisazreen.wordpress.com
Hikayat Musang Berbulu Ayam Terbongkar
July 3, 2008
Alkisah Musang Berbulu Ayam di pejabat AIC akhirnya terbongkar. Terbitan hikayat ini bermula pada Selasa, 11 Mac 2008 di mana semua segalanya berlaku. betul atau tidak anda nilailah sendiri. Yang pasti ada banyak info terbaru dari pelbagai pihak yang menuduh dan tertuduh. Baca dan Nilaikan.
*artikel ihsan www.apasaje.com
Musang Berbulu Ayam Di Pejabat Anwar.
Labels: konspirasi | 10 comments
Tulisan di bawah merupakan salah satu kronologi penyebab kepada tanda-tanda awal konspirasi terbaru untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tulisan dari blog Saudara Najwan Halimi (riwayathayat.blogspot.com) yang kini tidak boleh diakses buat semntara waktu, mendedahkan tentang teori wujudnya “Musang Berbulu Ayam” di Pejabat Anwar Ibrahim. Akibat pendedahan ini, Kami di AIC berusaha untuk mendedahkan siapa Musang Berbulu Ayam ini, Disebabkan sudah berasa terancam dan mendapati tembelangnya sudah pecah beliau memulakan langkah awal untuk menyelamatkan diri dengan meletupkan satu C4. Mewujudkan satu konspirasi terbaru. Kepada anda yang tidak lagi membaca isi kandungan artikel bertajuk “Musang Berbulu Ayam”, disini kami mendedahkannya…
Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 1) – diterbit pada: Selasa, Mac 11, 2008
Dua orang pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sim Tze Szin masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan DUN Pantai Jerejak.
Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi ‘diari merah’ sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang ‘diari merah’ Anwar.
Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan ‘diari merah’ menanti pewaris barunya. Saya kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi.
Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut.
Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.
Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 2)-diterbit pada: Selasa, Mac 18, 2008
Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.
Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka ‘musang berbulu ayam’ ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti.
Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, ‘musang’ yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.
Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang.
Bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.Jika dibaca kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.
Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.Barangkali benar dugaan saya.
Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.
Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 3)
Saya pernah menulis tentang ’seekor musang’ dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.
Khabarnya, ‘musang’ tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.
‘Sang musang’ dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.
Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru ‘musang’ ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, ‘musang’ ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, ’sang musang’ menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.
Saya komited dengan pendirian saya selama ini bahawa ’sang musang’ sebetulnya mempunyai agenda serta muslihat peribadi untuk terus kekal di Pejabat Anwar Ibrahim. Oportunis licik ini cukup terkenal sebagai individu rakus kuasa dan taksub publisiti sewaktu di kampus suatu masa dahulu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi dilayan seakan-akan ‘kuda tunggangan’ untuk dirinya meraih glamor dan populariti.
Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim memikul amanah kepimpinan negara dalam waktu terdekat ini, apakah rakyat mampu menerima hakikat bahawa ada antara kakitangan pejabatnya merupakan individu oportunis, seorang rakus kuasa yang tidak memiliki dukungan akademik yang selayaknya?Saya yakin, kebijaksanaan Anwar bakal menidakkan agenda licik ’sang musang’ hingusan ini!





























