Hujan Renyai Petanda Kemenangan
August 26, 2008

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 54.8 peratus pengundi telah membuang undi. Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.
Jam 12.45 tengahari, DSAI tiba di Pusat mengundi SMK Sama Gagah. Ribuan rakyat di Sama Gagah menyertai konvoi DSAI, bendera KeADILan berkibaran di sana sini. Penyokong Umno kelihatan tersentak dan lebih selesa untuk berdiam diri di pondok panas mereka.
Sebelum itu DSAI telahi memasuki Pekan Permatang Pauh. Rakyat sdi sekitar kawasan mengikuti konvoi DSAI. DSAI juga telah melalui jalan Sama Gagah. Rakyat di kiri kanan jalan beratur melambai-lambai ke arah DSAI dan DSWA.
Sumber dari pusat mengundi mengatakan, harapan cerah untuk DSAI memenangi Pilihanraya ini…mungkin esok akan ada roadblock besar-besaran ke parlimen & seluruh malaysia kerana malam ni mungkin unit risikan PDRM akan dapat maklumat ada 1 perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Parlimen yang dipercayai pihak Polis akan percaya kepadakhabar angin dari berita sebenar..
Sementara itu shamsul iskandar [ketua amk malaysia] memberitahu dia bertemu dengan imam ramlang dan menurut beliau ramlang tidak dapat tidur kerana bimbang bersubahat selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful Bukhari. Dan ibunya di kampung menangis dan suruh membuat pengakuan sebenar benarnya setelah membuat pengakuan sebenar di hadapan ribuan penyokong dan dihadapan DSAI sendiri selepas maghrib pada 24 Ogos lepas.



