Harga atau Nilai? kecantikkan bagi wanita
August 29, 2008
Kecantikan dengan wanita memang tak dapat dipisahkan… umpama irama dan lagu… Sebenarnya apa yang ingin kuluahkan di sini hanya untuk para wanita… terpulang boleh terima ke tak… aku ikhlas berkongsi pengetahuan yang tak seberapa ni…Perasaan sedih, kesian, geram dan puas kadang2 bercampur baur dalam diri ku…
Kenapa aku sedih?… sepatutnya aku tak perlu sedih sebab yang rugi bukannya aku tapi wanita yang di luar sana tu sebab tak tahu menilai sesuatu perkara dan tak pantas merebut peluang yang dah sampai di depan mata…kalau cakap bab kecantikan, tanyalah perempuan kat luar sana tu, boleh dikatakan 99% semua orang nak cantik…tak kira lah cantik muka ke, cantik baju ke, cantik aksesori ke, semua nak cantik….cuma yang aku nak tekankan kat sini ialah kecantikan dan kesihatan kulit . Muka tu adalah aset semua orang…betul kan?
Aset yang amat bernilai ni kalau tak dijaga…lama-lama dia akan hilang seri…yang aku sedih tu sebab kenapa wanita tak tahu menilai produk yang ditempelkan ke muka tu…dah ramai orang yang aku jumpa mengatakan kulit diorang sensitif, macamana tak sensitif kalau dah pakai produk yang bukan-bukan…pakai produk campur-campur…cuba buat sedikit research sebelum nak beli sesuatu produk… kalau muka dah rosak, baru nak salahkan produk…padahal kat surat khabar tu dah bermacam-macam cerita yang tak sedap didengar keluar pasal produk kecantikkan…masih juga pakai…sebab tertarik dengan iklan kot… ataupun sebab tengok duta2 produk semua artis yang cantik, lawa, langsing….dll.
Kesian betul aku bila tengok muka diorang masing2 dah macam udang kena bakar…merah pedih…berjerawat…berjeragat dan macam2 lagi…aku nak tolong…tapi kekadang orang salah faham…tu yang aku kesian sangat…aku tak kisahlah… dan yang aku geram bila orang tak nak dengar pendapat aku…aku pun bukan pandai sangat…. tapi training yang aku dapat aku sharelah sama2…cuma ada orang kadang2 berlagak lebih pandai dari aku…terpulanglah…tapi aku ni Perunding Kecantikkan Terlatih…tak payahlah nak tunjuk pandai kalau setakat dengar2 dari mulut orang ni…kalau nak cakap biar ada fakta…
Bila aku cakap lebih2 org ingat aku nak jual barang… sedangkan aku cuma nak bagitau kelebihan produk yang aku pakai… tak lebih pada tu.. kalau nak kulit cantik, kenalah tengok orang yang promote tu kulit ok ke tak…aku ni kira testimoni bergerak tau… tak payah buat editing… hehehehe… tapi bukan nak berlagak… sebab aku dulu pun pernah hadapi masalah kulit… so aku faham perasaan orang yang menghadapi masalah kulit ni… perasaan malu dan rendah diri mesti ada…bagi aku kecantikan hanya untuk sementara tapi kesihatan kulit tu yang penting…bila kulit sihat, tak payah la nak mekap tebal2, natural je sudah…
Apapun aku puas hati kalau orang yang pakai produk aku tu puas hati jugak dengan hasilnya… aku tak tipu orang punya cuma apa yang aku tekankan selalunya kena banyak bersabar untuk cantik… benda yang lambat selalunya tak memudaratkan berbanding benda yang cepat ni…
Apapun aku boleh beri pendapat sahaja… kerana semua terletak pada hati masing2…tepuk dada tanya selera…kalau ada wanita di luar sana yang inginkan khidmat nasihat aku, aku bersedia bila2 masa je…tanyalah aku apa saja pasal skincare & kosmetik, insyaallah aku akan cuba jawab….
dan ini nasihat aku pada para wanita sekelian, berhentilah guna produk kecantikan yang murah dan lebih kurang sama je packaging dia… label je lain kot…bukan apa produk2 macam tu tak de buat research & development…tak cukup saintis, dermatologis dan oftalmologis yang buat kajian. Diorang tak buat kajian secara intensif…setakat untuk dapat kelulusan kementerian kesihatan je…belilah produk yang ada jaminan dan berkualiti…kalau boleh yang ada money back guarantee… itu lebih selamat…
Fikir-fikirkanlah para wanita…berapakah harga yang sanggup anda bayar untuk kelihatan cantik
SEKSUALITI MERDEKA – If one of us ain’t free, none of us are!
August 29, 2008
| Host: | |
| Type: | |
| Network: |
Global
|
| Start Time: |
Friday, August 29, 2008 at 8:00pm
|
| End Time: |
Sunday, August 31, 2008 at 9:00pm
|
| Location: |
The Annexe Gallery, Central Market Annexe
|
| Street: |
Jalan Hang Kasturi
|
| City/Town: |
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Forums, talks, workshops, films, music devoted to sexuality rights in Malaysia
“No one can make you feel inferior without your permission.” – Eleanor Roosevelt
Bring supportive friends and loved ones! Help create the network and community you are looking for.
If you are an artist, join us on Sunday 6pm at Malaysian Artists For Diversity and come voice your support for diversity and the freedom to love.
Plus: If you have questions regarding sexuality, whether about you or someone close to you, there are counsellors and experts on standby to answer your questions one on one. Just look for our volunteers with tags.
Fri 29 Aug
8pm to 10.30pm
Film: “Comolot” by Mohd Ikram Ismail, “Pangyau” by Amir Muhammad, and “Arisan” by Nia Dinata
Sat 30 Aug
12pm to 2pm: Forum: To Live Without Fear ~ Dealing with violence against transsexuals in Malaysia
3pm to 5pm: Forum: Probing Sexualities ~ Recent research findings into sexual diversity in Malaysia
6pm to 7.30pm: Lecture: Psychology Of Homophobia ~ Find out if you fit the profile
8.30pm to 10.30pm: Storytelling: Heartbreakers Anonymous ~ Stories by Jit Murad, Dara (of Air-Con) & others
Sun 31 Aug
12pm to 2pm: Lecture: From Panji To The Present ~ A short history of sexuality in Malaysia and South East Asia by Dr Farish A Noor
3pm to 5pm: Workshop: Tongues Out ~ Borak-borak on our sexuality landscapes
6pm to 7pm: Music: Malaysian Artistes For Diversity: with Nikki, Ida Nerina, Fahmi Fadzil, Gavin Yap and more. Please feel free to join us to voice your support for diversity and the freedom to love!
For more details, check the event page:
http://www.new.facebook.com/event.php?eid=31047898218
Enquiries:
Pang Khee Teik [Email: pang.centralmarket@gmail.com; Tel: 03-2070 1137]
PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA DI BULAN PUASA
August 29, 2008
Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga .
Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul . Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal . Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.
Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
Anwar Akhirnya Bersumpah
August 28, 2008

Anwar berkongsi saat gembira bersama Wan Azizah setelah memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - Reuters
Laporan Team Wajah
DSAI akhirnya akur setelah diasak oleh pelbagai pihak untuk bersumpah. Beliau telah bersumpah secara terbuka hari ini di Parlimen sebagai MP. Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen buat pertama kali dalam 10 tahun pagi tadi dan seterusnya mengetuai barisan Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang apabila meraih kemenangan besar 26 Ogos lalu dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi..
Beliau mengangkat sumpah sebagai MP Permatang Pauh di depan Speaker Parlimen sebentar tadi. RTM tidak menyiarkan upacara mengangkat sumpah itu secara lansung walaupun ia sepatutnya ada dalam slot harian Parlimen.
Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan DAP melantik Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada yang dipertua dewan 4 petang semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi Anwar kembali ke Parlimen. Ini terbukti bila tidak terdapat sekatan jalanraya di mana-mana jalan dan trafik kelihatan lancar seperti biasa. Akhirnya pihak Polis mengambil iktibar atas kesulitan dan kemarahan orang ramai akan kesesakan trafik luar biasa sebelum ini apabila sekatan jalanraya dilakukan dibeberapa jalan utama pusat bandar.
Primeworks Studios – mampukah memasarkan produk Malaysia?
August 27, 2008
MINGGU lepas, Primeworks Studios Sdn. Bhd., pengendali produksi untuk TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan Grand Brilliance Sdn. Bhd. dilancarkan dengan matlamat untuk membawa hasil kerja tempatan ke peringkat lebih tinggi.
Meski bernaung sebagai anak syarikat bebas milik Media Prima Berhad (MPB), istimewanya, Primeworks Studios turut menjadi ‘orang tengah’ dalam memasar dan mengendalikan program-program berkualiti kepada RTM, Astro dan pihak luar.
“Kita berhasrat untuk menghasilkan kandungan program yang baik serta bertindak sebagai pemangkin dalam membawa industri televisyen serta filem tempatan ke tahap tinggi dengan mewujudkan peluang baru.
“Primeworks Studios juga berhasrat untuk membangunkan kandungan program tempatan yang berkualiti ke tahap ia boleh dieksport ke pasaran luar,” kata Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Farisha Pawanteh.
Menurut Farisha, Primeworks Studios adalah sebuah syarikat bebas dan ia tidak terikat untuk mengendalikan program-program di empat buah stesen milik MPB.
Jelasnya, pertemuan telah pun dilakukan dengan RTM dan Astro bagi membolehkan Primeworks Studios menawarkan segala kepakarannya kepada dua stesen berkenaan.
“Kita juga memberi jaminan bahawa setiap hasil produksi yang dikendalikan oleh Primeworks Studios tidak akan bertindih antara stesen-stesen televisyen.
Astro, contohnya, ia punyai saluran yang banyak dan masih kekurangan bahan penghasilan program. Untuk itu, kita menawarkan kepada Astro membentuk program-program baru melalui pakar-pakar produksi yang ada dalam Primeworks Studios,” ujarnya.
Ditanya mengenai kaedah membawa produk tempatan ke negara luar, Farisha memberitahu bahawa pihaknya positif akan dapat membantu dalam mengglobalkan produk tempatan.
Buat masa ini, katanya, Primeworks Studios telah pun menjalin kerjasama dengan beberapa stesen televisyen luar seperti Filipina, Vietnam, Singapura dan Brunei.
“Sebab itu kita akan kukuhkan dan perbaiki kualiti produk tempatan bagi membolehkannya dipasarkan ke luar. Kita juga boleh menjual format atau konsep bagi sesuatu program melalui kerjasama erat Primeworks Studios dengan negara luar.
“Jika kita tidak mulakan dari sekarang, kita tidak mampu untuk membawa produk tempatan ke luar,” katanya.
Peluang menangi RM80,000
Sementara itu, sempena pelancarannya, Primeworks juga menganjurkan pertandingan What’s Your Big TV Idea? yang menawarkan hadiah sehingga RM80,000.
Terbuka kepada orang ramai, pertandingan itu akan berlangsung sehingga 14 September ini.
Farisha berkata, What’s Your Big TV Idea? merupakan landasan bagi mereka yang mahu tonjolkan idea kreatif dan inovatif untuk dijadikan program berkualiti bagi sesebuah stesen televisyen.
“Apa yang perlu dilakukan adalah mencipta idea-idea kreatif dan terjemahkan dalam bentuk karangan mengenai idea berkenaan.
Kita akan memilih idea-idea yang terbaik untuk dijual kepada mana-mana stesen televisyen berminat,” katanya.
Menurut Farisha, 20 idea kreatif yang terpilih berpeluang untuk memasarkannya secara eksklusif bersama panel pemilih termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.
“Sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada mereka yang terpilih dalam senarai 20 terbaik,” jelasnya.
Untuk keterangan lanjut, layari www.bigidea.com.my.
Kredit : Dipetik dari Utusan Malaysia, 18 Ogos 2008
Keputusan Terkini P44
August 26, 2008
Setakat 6.33 petang: Keputusan tidak rasmi telah diperoleh di beberapa pusat pengundian:
Seberang Jaya 8,000 undi
Pauh Jaya: KeADILan menang 413 undi
Taman Tun Hussien Onn: KeADILan menang 649 undi
Kg. Cross Street: KeADILan menang 1,234 undi
7 Peti Undi Ditemui di Cawangan Umno Bayan Lepas
August 26, 2008
Kemenangan DS Anwar memang telah diduga. TPM, Najib Tun Razak juga meramalkan bahawa bukan mudah untuk BN menang di Permatang Pauh walaupun dengan nada mereka yakin menang dan mampu membuat kejutan di Permatang Pauh.
Setakat ini peratus keluar mengundi masih 54.8% di mana kesesakan teruk berlaku akibat sikap pengundi yang tidak mematuhi undang-undang. Ini meyumbang kepada penurunan peratusan keluar mengundi akibat ramai yang tidak sempat mengundi. Waktu mengundi tetap tidak dilanjutkan hingga jam 6 petang seperti digembar-gemburkan.
7 peti undi “back-up” telah ditemui oleh pekerja-pekerja undi PKR di cawangan UMNO Bayan Lepas. Namun ia telah dinafikan oleh pekerja-pekerja SPR dengan mengatakan itu adalah peti undi simpanan jika terjadi sesuatu kemalangan atau peti undi rosak ia akan digantikan peti undi tersebut. Ia adalah prosedur biasa SPR tambah mereka lagi. Peliknya kenapa peti itu boleh diletakkan di salah satu cawangan UMNO sedangkan SPR sepatutnya berkecuali dalam hal pilihanraya memang tetap diragui. Apapun alasannya, tunggu keputusan Pilihanraya malam ini…
Hujan Renyai Petanda Kemenangan
August 26, 2008

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 54.8 peratus pengundi telah membuang undi. Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.
Jam 12.45 tengahari, DSAI tiba di Pusat mengundi SMK Sama Gagah. Ribuan rakyat di Sama Gagah menyertai konvoi DSAI, bendera KeADILan berkibaran di sana sini. Penyokong Umno kelihatan tersentak dan lebih selesa untuk berdiam diri di pondok panas mereka.
Sebelum itu DSAI telahi memasuki Pekan Permatang Pauh. Rakyat sdi sekitar kawasan mengikuti konvoi DSAI. DSAI juga telah melalui jalan Sama Gagah. Rakyat di kiri kanan jalan beratur melambai-lambai ke arah DSAI dan DSWA.
Sumber dari pusat mengundi mengatakan, harapan cerah untuk DSAI memenangi Pilihanraya ini…mungkin esok akan ada roadblock besar-besaran ke parlimen & seluruh malaysia kerana malam ni mungkin unit risikan PDRM akan dapat maklumat ada 1 perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Parlimen yang dipercayai pihak Polis akan percaya kepadakhabar angin dari berita sebenar..
Sementara itu shamsul iskandar [ketua amk malaysia] memberitahu dia bertemu dengan imam ramlang dan menurut beliau ramlang tidak dapat tidur kerana bimbang bersubahat selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful Bukhari. Dan ibunya di kampung menangis dan suruh membuat pengakuan sebenar benarnya setelah membuat pengakuan sebenar di hadapan ribuan penyokong dan dihadapan DSAI sendiri selepas maghrib pada 24 Ogos lepas.
KAMI – The Gig
August 26, 2008

Oleh Sham Hardy
Aku attend gig show KAMI, bersempena mempromosikan movie title mereka akan datang. Surely memang penat tapi menyeronokkan, biasala jadi manusia so-called supporter scene ni. Dan dari hasil penelitian aku tengok sepanjang show tersebut berlaku adalah masih ramai lagi yang still fresh and new yang attend gig tersebut, bayangkan bila orang ramai mula moshpit kelihatan beberapa individu aku tengok semacam takut atau pertama kali tengok benda tu berlaku. Aku cuma mampu tergelak kecil sahaja melihat gelagat diorang.
Oh ya aku lupa nak mention band mana yang main, yang aku sempat tengok cuma Laila’s Lounge, One Buck Short, The Times, Love Me Butch, Dragon Red, Seven Collar T-Shirt, The Pilgrims, Couple and Republic of Brickfields (sipi sipi jer tengok dorang perform). Dan paling menarik sebelum start show tersebut aku sempat bergambar dengan Mooky (Vokalis One Buck Short) Kukukukuku..
Tapi sayangnya, si Bob tak dapat nak sama sama perform bersama ahli band yang lain tanpa sebab yang semua orang tidak tahu, namun the show go on and boleh ahh aku layan. Oh ya aku pun lupa nak mention sapa host di show tersebut, sorang Sarah The Official and sorang layan aku tak berapa sure sapa mamat tuh, tapi paras wajahnya totally familiar. Namun mesej yang selalu mereka sampaikan adalah abaikan mendengar muzik Indonesia dan support muzik Malaysia. Dalam hal ini aku ada beberapa benda yang aku rasa ada something to talk about:
- Muzik mainstream Indonesia memang aku kurang support, tapi muzik indie mereka ada keunikan yang tersendiri yang membuatkan aku disagree untuk totally reject muzik diseberang.
- Ramai gaks Indonesian yang tonton masa tuh, hopefully you guys don’t care what the host says la yer.
- Aku dah stop from being sarcastis, nuff said!
Tapi aku tak kisah sangat dengan kenyataan mereka sebernanya, pasal the show in Malaysia, why cares? We will talk whatever things we want, eat it or go away! LOL. Tapi kesimpulannya aku katakan yang the show is great and i’m totally tired after it. Rasa macam baru merentas desa, dipinjam dari kata kata my lovely girl.
And tomorrow aku akan upload every photo and video aku capture untuk tatapan rakan rakan blog reader sekalian. Semoga hidup anda dipenuhi iman dan muzik, dan ingat! SUPPORT OUR LOCAL MUSIC! Kata kata yang amat bermakna, sungguh! ![]()
Pengundian Berjalan Lancar
August 26, 2008
Anwar dilihat mengundi di SK Seri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2 pada jam 8.08 pagi.
Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.
Cuaca kelihatan baik dan cerah. Jumlah keluar mengundi di semua pusat mengundi amat ramai. Ramai mengambil peluang cuti khas di Pulau Pinang pada hari ini untuk keluar mengundi di sebelah pagi kerana diramalkan ribut dan hujan lebat akan melanda menjelang petang.
Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Seri Penanti jam 10 pagi. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.
* sumber tambahan dari Malaysiakini.



