99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu

JANDA BAIK : Jika ada buku yang paling sedikit dicetak dengan harga yang paling mahal senaskah, mungkin buku berjudul “99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu” yang telah siap, boleh mencatat rekod itu di Malaysia.

Buku karya Syed Abdullah Hussein Alattas setebal 1,066 muka surat itu yang memaparkan kajian selama empat tahun mengenai dunia paranormal di lingkungan masyarakat Melayu akan dicetak sebanyak 99 naskah sahaja.

Menariknya, buku itu bukan untuk dijual secara komersial tetapi Syed Abdullah yang juga ketua Kumpulan Team PSI (Paranormal Scene Investigation dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) yang lebih dikenali sebagai UNCLE bersedia untuk memberikan kepada mereka yang berminat tetapi dengan syarat mereka sanggup memberikan ‘hadiah’ dengan nilai RM999.99 bagi setiap naskah buku itu.

“Buku ini merupakan hasil kajian peribadi saya dan ahli-ahli PSI dan saya tidak mahu menjual secara komersial hasil karya ini tetapi saya mahu buku ini dimiliki oleh mereka yang betul-betul berminat tentang kajian makhluk halus, justeru itu cetakannya saya hadkan sebanyak 99 naskah sahaja,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.

“Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini,” katanya lagi.

Buku ini turut memaparkan ilustrasi mengenai rupa bentuk makhluk halus berdasarkan kepercayaan masyarakat Melayu di samping kajian-kajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya sejak 1866 lagi.

Buku ini mengandungi kajian mengenai jenis-jenis 99 hantu menurut kepercayaan Melayu seperti Hantu Raya, Toyol, Pontianak, Hantu Kopek dan lain-lain. Antara lain ialah mengenai kepercayaan masyarakat Melayu tentang tanda-tanda kewujudan hantu, cara menghindari dan cara berhubung dengan makhluk halus.

Menariknya buku ini turut mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh bomoh palsu untuk mengaburi masyarkat (pesakit) terhadap ilmu-ilmunya.

Selain daripada Jenglot, bigfoot dan fenomena santau, buku ini juga memaparkan barang-barang mistik yang dipercayai sebagai medium pengasih, penggerun, pelaris perniagaan dan ilmu kebal.

Turut dimuatkan ialah pengalaman beberapa pengkaji dari Eropah dan Jepun yang membuat kajian bersama dengan Team PSI tentang makhluk halus dan paranormal di Malaysia.

Buku ini memang manarik untuk dimiliki oleh cendiakawan, pensyarah dan pelajar antropologi dan peminat dunia mistik serta paranormal.

Kajian tentang budaya melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan orang melayu yang pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat melayu secara khusus.

99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu mengajak pembaca berfikir berkenaan kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.

Seperti ungkapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria dalam kata-kata aluannya menyatakan buku ini adalah usaha berani dengan kesanggupan menongkah arus adat dan kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang sudah berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu.

Menarik juga dihalusi kata-kata aluan dari Profesor Madya Hanapi Dollah dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap buku karya Syed Abdullah ini: ” Buku ini bukan cerita hantu, tetapi berkenaan pengalaman para pengkaji paranormal semasa berada di tempat-tempat yang dikatakan berhantu”.

Diharap anda akan akan menjadi orang pertama memiliki buku ini daripada 99 naskah yang diterbitkan. Mereka yang berminat boleh hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau 019-368 2323 atau e-melkan ke zelmey@hotmail.com atau Syed Abdullah sendiri, uncleseekers@gmail.com.

Disediakan oleh
Zelmey Mohd Yusof
H/p: 019-349 6688 / 019-368 2323
p/s: Untuk mendapatkan foto sila hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-3496688 atau emel zelmey@hotmail.com.

  1. #1 by fadz on July 16, 2008 - 8:17 am

    ceh mahal sgt.. hadiah dia kta?

  2. #2 by editorwajah on July 16, 2008 - 6:55 pm

    tu le..mmg mahal…sapa yg minat gila..boleh la :)

  3. #3 by zelmey on July 29, 2008 - 5:32 pm

    memang mahal saudara .. kajian yg telah kami lakukan sepanjang 4 tahun pun menelan belanja hampir RM500,000.00.

    Permintaan dari luar negara termasuk Amerika, England, Italy, Perancis, Jepun, Indonesia, Filipina dan Thailand amat memberansangkan.

    Ini satu kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

    Apa pun doakan kejayaan kami.

    Jutaan terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami dari belakang.

    Salam hormat

    Zelmey Yusof
    http://zelmey.blogspot.com

  4. #4 by exhibit manufacturer on April 6, 2009 - 4:30 pm

    mahal sangatla

  5. #5 by .............................. on November 23, 2010 - 3:16 pm

    kalau kita kenal hantu nie, boleh ker kita hilang rasa takut pada hantu?, sifat takut tu memang salah satu daripada sifat manusia, kalau setakat kenal hantu tpi x dpt menghilangkan rasa takut pada hantu, lebih baik x kenal, bile kite kenal sesuatu, benda tu akan terbayang2 dlm ingatan buat sementara, ini meningkatkan lagi rasa takut seseorang tu terhadap hantu,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.