Protes Harga Minyak – Perhimpunan Gaya Baru?
July 7, 2008
Telah banyak yang diperkatakan tentang Perhimpunan Protes Harga Minyak di Kelana Jaya yang dianggap sebagai “Karnival Jom Heboh” gaya Pakatan Rakyat. Kenapa ini perkara ini berlaku. Wajarkah ia berlaku? Di mana silapnya?
Kami di team Wajah telah keluar seawal 8 pagi menuju ke Kg baru kerana dikatakan protes juga akan dilakukan di Kg Baru dan KLCC. Sekatan jalanraya telah dilakukan di sekitar pintu keluar Cheras ke Kuala Lumpur. Di fahamkan juga sekatan jalan diadakan di Hulu Selangor dan beberapa hot spot pintu masuk ke KL dan selangor. Ini juga membantu mengurangkan kehadiran rakyat ke perhimpunan Protes Harga Minyak di Kelana Jaya. Setelah keadaan agak lengang di KL kami menaiki LRT menuju Kelana Jaya. Walaupun keadaan lengang di KL namun kebanyakan orang ramai dilihat memakai Baju Merah sebagai tanda sokongan walaupun tidak pergi berhimpun di stadium.
Di stesen Kelana Jaya, Unit Amal PAS telah sedia menunggu untuk membantu orang ramai yang ingin pergi ke stadium. Bas menuju ke stadium penuh dengan rakyat yang bersemangat. Di Stadium kami melihat orang ramai telah penuh membanjiri luar dan dalam stadium. Di fahamkan ada yang telah sampai sejak Sabtu lagi untuk sama-sama menyertai perhimpunan. Ramai peniaga dilihat berjual di luar stadium. Sungguh meriah. saya bertemu teman lama penjual vcd cetak rompak yang kini bertukar arah menjual buku-buku ilmiah. Alhamdulillah. Beliau menyatakan bahawa ramai yang telah sampai sejak sabtu dan tidur diluar stadium. Peniaga juga telah berkampung sejak semalam lagi dan jualan setakat pagi ahad memang menggalakkan.
Di dalam, hanya suku yang membanjiri stadium seawal 10 pagi. Kami terfikir apabila ternampak drum set di pentas. Eh, ada konsert ke? Wakil dari pelbagai pertubuhan dan parti berucap bersilih ganti. Selepas solat zuhur beramai ramai, peserta di selingkan dengan bacaan sajak dan persembahan oleh kumpulan Lawan tetap Lawan dengan muzik metal. Berlaku sedikit provokasi awal orang seorang individu namun dapat dikawal oleh penganjur. Ramai polis berpakain preman di lihat di dalam stadium ‘menyesuaikan diri’ di celah-celah orang ramai. Ada yang memakai kopiah putih ala-ala penyokong Pas. Kami menegur dan dibalas dengan senyuman
Pada jam 3 petang saya meninggalkan staidum dan orang ramai telah sedikit demi sedikit meninggalkan stadium sejak jam 1 petang lagi. Team wajah yang lain menyambung tugas utk sesi petang. Mungkin kerana bahang protes itu kurang terasa kerana keadaan agak selesa di dalam stadium membuatkan ramai peserta menyatakan seakan hilang mood untuk protes. Malah kebanyakannya bersantai mendengar ceramah sambil makan dan minum.
Insiden Carburator Dunk dikatakan menunjukkan punggung memang tidak patut berlaku. Mereka dilihat telah mematuhi peraturan untuk berpakaian kemas dan menunjukkan sikap2 yang baik. Apa yang berlaku lebih kepada silap khalayak kerana untuk membawa persembahan seperti ini, orang ramai harus datang dengan apresiasi dan bukan semua punya sikap begitu. Itu sepatutnya dihalusi terlebih dahulu oleh Hishamudiin rais sebelum membawakan persembahan oleh rakan-rakan beliau. Tidak salah kerana tujuan mereka sama dan kami tetap respect kerana mereka sanggup memberikan persemahan tanpa bayaran satu sen pun. Namun adalah lebih sesuai jika diadakan satu konsert seperti Live Aid sebagai Konsert Protes Harga Minyak, nah sudah pasti kejadian ini tidak akan berlaku kerana mereka mendapat kahlayak yang betul. Ini keana perhimpuann ini disertai oleh warga emas dan kanak-kanak juga. Sudah pasti ia memberi implikasi terhadap kanak-kanak ini dan memberikan tanggapan negatif terhadap warga emas.
Provokator yang melakukannya? Mungkin benar dan mungkin tidak. Provokator memang menunngu masa namun rakyat juga pasti ada yang tersinggung jika mereka tidak faham dengan lirik yang disampaikan kerana yang jelas kedengaran hanyalah’Jilat dan ‘mari menjilat’. Hari ini dilaporkan akan diadakan mesyuarat post mortem tentang perhimpunan ahad lepas. Banyak aspek yang patut dinilai sebelum melakukan perhimpunan seperti ini. Aspek masa yang terlalu panjang juga tidak mungkin dapat mengumpulkan orang ramai kerana tiada masa tertentu yang diperuntukkan untuk berkumpul walaupun ia mencecah 60 ribu orang namun ia datang dan pergi. Statistik begini tidak harus dikira. Ramai mengharapkan semnagat seperti perhimpunan Bersih dan meraka rata-rata lebih suka protes dijalanraya agar suara mereka betul-betul didengar.
Dari sisi lain pula ia memberikan pulangan yang lumayan kepada peniaga-peniaga. Secara tidak langsung ia menggalakkan ekonomi tidak seperti Bersih yang dilaporkan menjejaskan ekonomi dan keuntungan peniaga di sekitar perhimpunan. NGO, dan Pakatan Rakyat harus menilai dan menyusun strategi yang baik sebelum membuat perhimpunan seperti ini dan pengisiannya haruslah konkrit dan tidak meleret-leret. Protes Harga Minyak lebih memberikan tangapan kurang senang terhadap orang ramai dan ini tidak baik untuk imej Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh ghairah untuk membuat sesuatu tanpa memikirkan baik buruk dan implikasinya terhadap rakyat. walaupun Protes Harga Minyak dilihat tidak gagal sepenuhnya, namun banyak yang harus diperbaiki. Seperti JomHeboh yang kemuncaknya dengan konsert, Protes diakhiri dengan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti…jadi kalau ia bukan karnival ceramah…apa lagi yang harus kita namakan ia? Jangan sengaja memberikan “peluru hidup” kepada BN untuk menghentam PR. Fikir-fikirkan…


















July 8, 2008 at 10:54 am
biasalah tu incident caburator dong tu boleh di ertikan umpama.. hari jumaat semua dtg ke masjid.. namun x semua datang untuk bersolat jumaat.. ada yg dtg untuk mencuri kasut…
dan mangkuk carburitor dong ni salah seorang dr pencuri kasut tersebut… seekor kerbau membawa lumpur.. habis satu kampung kena kotor