Apabila Faisal Tehrani DiTuduh Berbohong
June 3, 2008
Sebenarnya saya pun tak tahu bagaimana nak memulakan catatan ini tetapi apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan satu karya penulis terkenal Faisal Tehrani sebagai sebuah “pembohongan” dan mendorongnya membantah penerbitan tersebut di sebuah akhbar tabloid, pasti ada sesuatu yang harus dilihat.
Bukan menyokong atau menolak tetapi pasti ada sesuatu apabila tokoh agama memberi teguran sebegitu kepada Faisal Tehrani (FT) yang begitu terkenal dengan novel-novel dan catatan berbentuk Islami. Saya bukanlah orang yang pakar dalam agama jauh lagi tau tentang selok belok hadis dan riwayatnya. Namun seorang Mufti takkan sewnang wenangnya menuduh seseorang memalsukan Hadis hingga menulis kepada Harian Metro membantah penulisannya.
Dalam suratnya bertarikh 6 Februari lalu, berdasarkan satu daripada siri novel Ketupat Cinta, beliau menyifatkan Faisal menggunakan “hadis palsu untuk mengagungkan Syiah” dan menggunakan “pegangan dan fahaman Syiah mengenai sambutan Asyura.”
Aduannya itu berdasarkan siri keempat berjudul ‘Bubur Ratapan Asyura’ yang diterbitkan pada 5 Februari lalu di tabloid tersebut. Namun Faisal membantah bahwa beliau melakukan suatu pembohongan dalam tulisannya. Beliau dilaporkan berkata, “Peguam nasihatkan usah layan. Jika berlaku sekali lagi hal ini, saya tak akan teragak-agak heret dia ke mahkamah. Saya tak pasti apa lagi yang dia (Dr Mohd Asri) mahu dengan ini,” kata Faisal kepada Malaysiakini melalui e-mel pertengahan Mei lalu.
Tindakan FT ini disokong oleh pengkritik seni Hasmi Hashim yang juga ketua bahagian PKR Parit Sulong dengan membantah campur tangan mufti dalam kegiatan seni budaya. “Mana-mana institusi pun tidak patut kawal karyawan,” katanya ketika dihubungi berhubung tindakan Dr Mohd Asri menulis surat kepada Harian Metro membantah siri novel Faisal. Beliau juga menambah dengan menyifatkan tindakan mufti itu bertentangan dengan ruang demokrasi.
Bagi saya ini adalah satu kenyataan paling bodoh dan jumud yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik bahwa Mufti itu hanya tertakluk dalam menegur dari segi undang-undang Islam dan sewaktu dengannya. Walhal tokoh ilmuan dan agama seperti ini amat kurang di Malaysia dan tegurannya harus diambilkira dan dibawa berbincang, bukan dengan membantah sekaligus atas dasar seni dan kreativiti. Saya juga orang segi namun tindakan tak menghalalkan cara seperti mana selalu dialungkan oleh FT.
FT dari pandangan kasar saya kebelakangan ini komen, tulisan dan catatannya memang lebih berbentuk Islami dan kadangkala nampak agak sedikit ekstrim. Dalam tulisan beliau, beliau menyelar tindakan PAS (pasti yang diikutinya) dalam isu Hadhari dalam tajuk Saat Islam DiLembagakan Sebagai Hadhari & Saat Islam Yang Dilembagakan Itu Diharamkan. Tulisan beliau juga akhir-akhir ini lebih berbentuk menghukum dan menyelar. Jika beliau menuduh Pas selalu mengutuk dan menyelar orang yang mengkritik mereka, apa kurangnya beliau. 2×5. Masih teringat sewaktu beliau menyelar sekeras-kerasnya filem Gubra hingga disiat sampai ke isi dan kulitnya sekali. Segalanya ditelanjangkan dengan hujah dan fakta termasuklah ayat-ayat Al-Quran.
Nah bila karyanya pula dikritik, terus berura-ura mahu membawa perkara ini ke mahkamah. Alahai FT, apa dah jadi. Janganlah melatah seperti orang lain. Bukankah anda tokoh ilmuan dan agama yang tersohor sehingga tiada seorang pun yang lebih handal bergama selain tuan hamba termasuklah Sang Mufti sekali. Paling yang saya tidak berkenan bila diakhir tulisan beliau menulis
* Ini blog saya jadi saya boleh sahaja meluahkan pandangan saya. Kalau saya tak cegah kemungkaran ini dengan tulisan maka saya mengabaikan satu kewajipan. Anda suka atau tidak, setuju atau tidak itu anda punya pasal. Hidayah seperti cahaya tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.
Ohh…sungguh hebat kata-kata itu. Begitu besar seperti jika semua orang melalaikan tulisannya seperti orang yang terlindung akidahnya. Nah sekarang ini blog saya, suka atau tidak Tuan kenalah terima. Saya bukanlah anti insan bernama Faisal Tehrani apalagi penyokong kuat Yasmin Ahmad (saya hanya suka gaya filemnya) namun bagi saya sikap cepat menuduh orang lain salah dan kita sentiasa betul ini akhirnya akan nampak sedikit pelik. Yang mana benar, yang mana salah, anda nilailah sendiri dengan akal dan fikiran yang dikurniakan Allah. Kita semua hanyalah insan biasa, masih jauh untuk mencapai tahap wali apalagi sahabat dan Rasullulah kerana hanya bagindalah insan kamil di dunia ini. Jadi teguran saya (andai boleh diterima dari pelajar lulusan sekolah agama rendah ini) berpada-padalah dalam menegur dan menyelar kerana walaubagaimanapun kita tetap manusia biasa. Gunalah bahasa yang indah seperti dalam novel anda bukan bahasa gaya masyarakat Arab yang terang dan kasar. Anda i beri kurniaan yang hebat oleh Allah dengan karya yang terbukti hebat belaka. Jadi gunakanlah sebaiknya. Janganlah kerana menangkat kewajipan menegur menimbulkan satu lagi kemungkaran iaitu riak dan takbur. Andai ada kesalahan saya memohon maaf pada FT dan semua penyokongnya namun hasil tulisan ini juga adalah kurniaan Allah juga. Pasti ada sesuatu sehingga saya digerakkan untuk menulis walaupun saya ada deadline besok pagi!!!




June 4, 2008 at 7:40 am
salam, saya amat tertarik dengan tulisan ni, sungguh! saya sokong bahawa berdakwah pun memerlukan hemah dan adab, dan bukan lancang dan kesat. Saya tidak percaya ahli ulamak dan wali Allah zaman-zaman dulu menggunakan keceluparan untuk menarik orang biasa ke arah pembentukan kebaikan.
Apa2pun, saya tidak begitu menyukai Asri kerana beliau, walaupun sederhana Muhammadiyah (pengikut Imam Muhammad b Abdul Wahab, juga dikenali sebagai Wahabi), tetap Muhammadiyah. Ya, Asri memang licik dan bijak, dan perutusan yang selalu disampaikan itu bersahaja, senang difahami serta lembut. Tetapi kita perlu juga persoalkan, kenapa pegangan Muhammadiyah (di mana kebanyakan mereka tidak akan mengaku) menyangkal pelbagai tradisi orang kita seperti tahlil dan bacaan Yasin malam Jumaat, ini yang saya tak faham. Dan untuk itu, saya sokong FT dari belakang kerana menyiarkan hal ‘realiti’ insan dan pegangan Muhammadiyah ini, oleh sebab itu, saya faham kenapa Asri ‘bantai balik’ hasil kerja FT yang mengangkat Asyura.
June 4, 2008 at 10:31 am
Banyak sangat fahaman sampai orang pun tak tau nak memilih mana satu yang betul dan salah. Paling mudah rujuklah Quran dan hadis dan gunakan lah akal. Betul tak fadz. saya mohon maaf pada FT dan sahabat handai andai tulisan ini menyinggung.