Semalam aku berpeluang melihat persembahan Titian Zaman oleh Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS di Dewan Filharmonik. Terima kasih pada Anis dari Astro kerana sudi menjemput kami menonton. Pertama kali menjejakkan kaki ke Dewan Filharmoni (DFP) membuat aku teruja dan peluang duduk di level VIP memang menarik. Tetapai tempat duduk aku di belah tepi belakang dan pandangan agak terbatas jadi buatkan aku cemburu dengan tempat duduk biasa di bawah. Ahh…pandangan marhain lebih baik :) . Oh ya..sama menonton malam tadi adalah bekas PM kita Tun Mahathir dan isteri.

Segmen pertama adalah dramatari Semerah Padi dan segmen kedua adalah Laman Kreasi dimana himpunan pelbagai jenis tarian dipersembahkan. Pembukaan Semerah Padi agak menarik dan cara pengarah menegluarkan penari tambahan dari dalam pembanting padi cukup menarik. Cara gerak penari, susunan keluar masuk dan dari satu segmen ke satu segmen ditangai dengan baik oleh pengarahnya, Roslee Mansur yang pernah berlakon dalam Muzika Uda & Dara, Keris Sang Puteri dan Payung Mahkota.

A Sam Palal dengan bantuan Rozilah Abdul Rahman telah melahirkan koreografi yang cantik dan menarik. Mohd Nordin Abdolatip sebagai Aduka telah memberikan persembahan yang baik. Watak Dara yang dipegang oleh Feeza Nuraisyah Hamid turut dapat membawakannya dengan baik ditambah dengan keayuannya, pemilihannya memang sesuai untuk bandingan dengan Saadiah dalam filem Semerah Padi. Yuzaidi Mohd Yusof sebagai Teruna melengkapkan lagi dramatari ini. Pada mulanya aku kurang berpuashati dengan Aduka yang tak menunjukkan banyak reaksi ketika Teruna menhantar pingan pada Dara, namun bila masa berlalu ternyata penghayatannya baik.

Aku paling suka sewaktu babak di mana Jejaka dan Galak dihukum sula. Waktu itu alunan muzik nukilan Mohd Yazid Zakaria cukup menarik dan ada feel menggerunkan. Paling menatrik apabila kematian/kejahatan tampil dengan pakain serba hitam berlegar-legar disekitar tempat upacara hukuman. Langkahnya lincah dan tangkas. gerakan tarian mereka cukup mengujakan aku. Tak pasti siapa disebalik jubah hitam itu ternyata itulah babak yang paling terkesan dalam dramatari ini. Semasa Jejaka dan Galak bermesraan sebelum ditangkap oleh Aduka dan teruna, aku rasa Galak patut menunjukkan gerak yang lebih erotis untuk lebih meyakinkan. Walaupun geraknya agak erotis tapi bagi aku masih belum cukup. Mungkin kerana ia di persembahkan di DFP dan ramai penonton VIP. Mungkin. Roslee Mansur berjaya mempersembahkan Semerah Padi dengan baik dan gaya yang tersendiri. Tidak hairan lah beliau pernah menerima anugerah Pengarah, Pelakon, Persembahan dan teknik Terbaik dalam Pekan Teater Kebangsaan.

Segmen kedua kami disajikan dengan Laman Kreasi iaitu pelbagai tarian hasil kreativiti ahli-ahli KSPP sendiri. Ada 8 persembahan tarian dan aku paling sukakan Tari Seri Inai olahan koreografi oleh Zaizul Adli Mamat. Ia terhasil gabungan gerak tari Makyong dan Tari Inai dari Kelantan. Olahannya menarik dan agak kontemporari untuk sealiran dengan gaya baru. Muzik oleh Syed Shahrir Faizal cukup original dan menarik sekali. Pengalamannya sebagai pemuzik professional arus perdana amat berguna.

Tari Seri Damak telah berjaya membuatkan tangan dan kaki aku bergerak seiring irama lagu dan rentak. Cukup menarik. Sakti, tarian klasik India yang diberi sentuhan baru oleh Alia Nadira Ahmad Zubir cukup mengujakan. Yuzaifullah telah menggabungkan irama muzikal klasik India dan Goa untuk lebih menghidupkan persembahan. Akhirnya, Silat Tari Piring nukilan Rozilah Abdul Rahman cukup menarik bila terasa seperti ada gam di piring itu untuk melekat ditangan gadis2 manis itu. Selain itu seluruh persembahan ni memang menghiburkan dan cukup menarik di tonton. Persembahan ini akan berakhir malam ini 14 Mei 2008, 8.30 malam.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan ini berharga RM35, RM30, RM20 dan RM10 boleh ditempah melalui Box Office di talian 03- 2051 7007 atau faks 03- 2051 7077 atau email dfp_boxoffice[@[petronas[dot[com[dot]my. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan keistimewaan pementasan ini di DFP. Ia bakal menjanjikan satu hiburan kesenian yang menarik dan sukar dilupakan.

daripada laman web Minda Mufti

Apabila kita membaca al-Quran dan al-Sunnah, kita dapati Maha Adil adilnya Allah s.w.t. yang tiada suatu pun untuk dibandingkan. Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnah sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan.

Sama seperti mana manusia memusnah ekosistem alam ini, manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia. Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia, demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia. Lalu manusia bertanya: “Di manakah keadilan Tuhan?” Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”.

Itulah antara petikan tulisan Dr.Mohd Asri, Mufti Negeri Perlis. Sejak isu Jomheboh dan Faizal Tahir dilarang membuat persembahan di Perlis, Dr.Mohd Asri terus memberikan teguran kepada semua rakyat Malaysia khususnya kerajaan bilaman bila dibaca memang nampak bahawa ia memang bersangkut paut dengan Akta ISA. Islam memang melarang menghukum manusia tanpa bukti dan tanpa diberi hak untuk membela diri. Andai kata hukuman dijalankan tanpa sebab, sudah nyata bahawa ia adalah satu bentuk kezaliman yang dicipta oleh manusia. Setiap kesalahan tidak boleh dihukum tanpa bukti yang kukuh dan nyata. Jadi Eloklah kita berhenti memusuhi tanpa bukti dan faham, tetapi cuba gunakan neraca keadilan dan akal yang matang.
Untuk baca seluruh rencana, sila lihat di sini.

Media Gila Konsert

May 11, 2008

Aku tak faham sungguh sekarang ni bila media elektronik ni terlalu gikan konsert yang kadang-kadang main tangkap muat saja. Sampai aku rasa dari tengok konsert, layan CD lagi bagus. Takdelah sakit telinga. Astro dengan konsert AFnya setiap sabtu yang memang rendah kualiti sebab hampir sedikit sja yang boleh menyanyi. JomHeboh pula tengah heboh keliling Malaysia dan termasuklah dengan konsertnya walaupun mendapat tentang pelbagai pihak (Karnival je OK, konsertnya yang tak OK).

Baru je aku lihat tadi di TV1, ada pulak ulang siar rancangan Konsert Gegar Olimpik sempena musim Olimpik yang bakal menjelang. Itu aku tak kisah lah dorang nak buat konsert papaun sebab duit RTM, tapi harus diingat, RTM milik kerajaan dan duit RTM bermakna duit rakyat juga. Jadi aku terpanggil untuk memberi komen sebab aku tak suka orang membazirkan duit aku sesuka hati.

Konsert itu bertujuan denagn siran lansung Olimpik yang bakal disiarkan di RTm tapi tolonglah jangan buat konsert sekadar nak memenuhi slot tayangan. Apa ke halnya Konsert Olimpik dengan lagu Dangdut? Tolonglah…kemudian konsert diakhiri dengan lagu klise aktiviti sukan Standing In The Eyes Of The World yang makin lama aku dah makin uak mendengarnya. Kalau setakat menyanyi tapi takde sorang pun wakil Malaysia baik tak payah. Dan kalau ada pon kalau setakat melepaskan batuk di tangga dan tak menang apa-apa baiklah tak payah masuk. Dan bila kalah mulalah menyalahkan ramai lagi yang hebat-hebat dan dapat beraksi pun dah cukup baik. Come on la..komen klise ni meloyakan tekak je. Kalau setakat dah tau pegi untuk kalah, baik tak payah hantar wakil langsung. Duit pun tak habis. Rakyat pun senang hati sebab tak payah nak kumpul dosa sebab terpaksa komen kekalahan mereka dan terus menjadi adegan kutuk mengutuk. jadi pesan aku…sebelum buat apa-apa pun, cubalah gunakan otak barang seminit dua untuk berfikir sebab Allah jadikan otak itu untuk berfikir dan bukan untuk letak kat kepala lutu!

Aku dah naik lemas dengan situasi sekarang. Bukan kerana aku semput dek kerana jerebu atau pedih hati kerana dek mencatu makan kerana situasi beras yang semakin mahal dan meruncing, tapi sebab situasi ni dah jadi macam satu permainan polo di mana Raja-raja Melayu dijadikan tunggangan untuk mencapai matlamat politik. Bermula dengan Idris Jusoh dan ahli BN Terengganu yang ‘menderhaka’ kepada DYMM Yang DiPertuan Agung, lalu sekarang timbul pula isu ulasan Karpal Sigh yang dipolemikkan untuk menimbulkan isu dan situasi tegang dalam perhubungan istana, parti politik dan kerajaan negeri.

Seolah-olah Raja-raja Melayu dan hubungan istana dijadikan ‘escapism’ pihak tertentu untuk menjadikan situasi politik lebih kelam kabut. BN atau UMNO nampaknya terpaksa mencari isu untuk mengalihkan pandangan rakyat tentang kelemahan mereka sejak PRU lepas. Walaupun aku tak suka dengan kenyataan Karpal tu namun tidak ada gunanya memekik melolong dan buat repot sana-sini semata mata untuk ’support’ so called perjuangan Ketuanan Melayu mereka. Dah terlambat…

Apabila UMNO bercerita tentang Ketuanan Melayu aku rasa macam nak ludah je pada muka orang yang bercakap tu. Kenapa lepas kekalahan teruk PRU baru nak bercerita tentang Melayu? Masalahnya adakah seluruh rakyat Melayu yang mahu dibela atau setakat Melayu UMNO? Janganlah ingat orang Melayu sekarang ni bodoh dan lemah macam orang UMNO yang tau nak meng’kaya’kan tekak-tekak Meloya meraka saja. Kalau benar ingin memperjuangkan hak-hak Melayu, kenapa tidak menyeru seluruh rakyat Malaysia waima berlainan fahaman politik sejak dulu lagi? Kenapa sekarang? Oh ya..it’s better late than never kata orang putih…tapi ungkapan tu boleh la gunapakai untuk hal-hal lain tapi bukan dalam situasi sekarang. Itu satu ungkapan paling bodoh dalam sejarah.

Yang peliknya orang-orang UMNO inilah yang bercerita konon untuk membela nasib hak dan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Sulatan dan Rajalah yang telah pertama kali menderhaka dan menghadkan kuasa Raja-raja Melayu. Oleh itu Raja dan Sultan Melayu boleh saja dijadikan tunggangan bermain polo asalkan matlamat mereka tercapai dan Raja-raja Melayu tidak punya cukup kuasa untuk melawan bali kerana telah termaktub dalam akta bahawa Raja-raja Melayu hanyalah dalam konteks Islam dan adat rasmi kerajaan dan tidak boleh mencampuri urusan politik kepartian. Namun ‘rebellious’ ini telah dilihat dalam isu MB Terengganu kerana Raja-raja Melayu sudah muak diperkotak-katikkan.

Jadi anda fikirlah, ikhlas ke UMNO dalam memperjuangakan kedaulatan Melayu dan selama 50 tahun pemerintahan mereka, apakah yang telah disumbangkan dengan impak yang besar terhadap orang-orang Melayu? Ketuanan Melayu? cet…bertuan di bumi sendiri adalah…lu orang fikirlah sendiri

terbitan lama motstudio.lifelogger.com

Ini bukanlah andaian tapi kenyataan. Kenapa aku berkata demikian, kita memang terlalu sensitif terutama Melayu yang pantang dijolok dengan isu-isu sensitif lagi taboo. Kita cepat tersentuh walaupun yang menyentuh hati kita sekadar penyanyi realiti yang terpaksa dibuang kerana kurang undi. Kita cepat melenting apabila ada golongan yang memijak dan menghina AlQuran walhal kita tidak pernah atau jarang sekali membaca dan mengenal apa isikandungannya.

Di mana sensitifnya kita apabila Azalina Jailani atau Lina Joy sedang memperjuangkan haknya untuk keluar dari Islam? Kita masih leka denangan program realiti walhal realitinya kita berhadapan akan berkurangan seorang lagi umat Islam. Tidakkah itu satu isu yang besar?

Ya…gempa di mana-mana. Bumi bergolak dan kejadian bencana alam makin menjadi-jadi. Alhamdulillah kita tidak terasa tempiasnya seperti Tsunami suatu ketika dulu. Namun kita masih sensitif. Kita mahu juga menolong walaupun harus ada konsert Live Aid terlebih dahulu jika tidak kami taida wang untuk membantu magsa Yogjakarta. Kami boleh berhibur sambil menderma. Ya kita memang sensitif walaupun selalunya kita melihat apa pulangan untuk kita jika kita menderma.

Kita memang sensitif dengan adat dan adap ketimuran kita. Waima dalam filem sekalipon kita mesti bertertib dan berbudi bahasa. Filem kita wajah kita. Filem harus mengangkat budi dan adat Melayu yang utuh walaupun hakikatnya adat dan adap makin menghakis. Berapa ramai dari kita yang masih mengucap salam apabila bertemu rakan taulan? Bukankah sebutan ‘hai’ atau ‘hello’ lebih mudah dan ringkas? Ya betul…itulah tinggalan tok nenek penjajah kepada kita dan sudah sebati dalam diri. Namun ada yang kata ia hanyalah sekadar kata-kata, tak lebih dari tu. Baguslah begitu. Kita masih lagi sensitif…

Dalam bulan kemerdekaan ini…semuanya sibuk berkata tentang Merdeka. Berapa sensitifnya kita tentang semangat patriotik dan kemerdekaan? “Kau buat filem Melayu mana boleh cakap Inggeris, nanti tak patriotik,”sensitif seorang teman. Katanya kita mesti berpegang kepada nilai-nilai Melayu yang kaya dengan adat. Kalau tidak habislah Melayu. Untuk perhatian nama teman saya Abu Bakar namun lebih dikenali dengan panggilan Burn. Menjawat jawatan penting dalam politik bahagian. Seoang ahli perniagaan yang berjaya hingga mampu membawa kereta buatan Jerman. Beliau tak pernah menonton filem Melayu…

Siapa kata kita tak sensitif? Jika benar kita tak sensitif, pasti ramai yang takkan peduli dengan tulisan ini…

Sajak Melayu oleh Usman Awang

Hari ini aku ingin menampal sajak arwah Pak Usman Awang di sini, sebab bagi aku, sajak ini indah. Jadi aku mahu pembaca-pembaca aku membaca sajak ini dan cuba fahami apa yang terkandung di dalamnya.

Aku lihat, sejak akhir-akhir ini, orang Melayu dah tak macam Melayu lagi. Mungkin sikap kurang ajar ini timbul apabila generasi hari ini melihat bagaimana ahli-ahli politikus sendiri kurang ajar dan mereka tetap terus dihormati dan disegani. Jadi Melayu-Melayu ini berfikir, ya, mungkin cara berkurang ajar itulah jalan terbaik untuk mereka terus maju dan disegani. Tapi mereka silap. Kerana kita Melayu. Kita ada cara kita sendiri. Bak kata arwah Pak Usman Awang dalam sajaknya ini, cara kita berkelahipun, ada cara Melayunya: “Berkelahi cara Melayu/ menikam dengan pantun/ menyanggah dengan senyum/ marahnya dengan diam/ merendah bukan menyembah/ meninggi bukan melonjak.”

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

dari blog seorang teman Melayu http://nizamzakaria.blogspot.com (tq zam)

Diambil dari motstudio.lifelogger.com

It’s been a while since i wrote here. You guys might wondering why is that am writing in English in this section? No, i still know my roots and i still can speak, write & want to chat in Malay, but i thing this section i rather write in English…

Life in the land call “Boleh” land, specially in the garden city of light, is very tough. Life can be mean sometime leaving you like breathing in the mud. Only a solid survivor can survive the consequences. It’s hard to play decent here even though how hard you’ll try. If not dirty, you still need a little “magic” to succeed. It’s not you who waive the magic want and sadly sometime or eventually, you still have to share the pie with a ventriloquiz of the fairy god mother who just sit back and relax while you do all the hard work.

Well it’s life…and the survival of the fittest in this “Boleh” land is a lot more easier when you have a strong thick “cable” in a single line phone call straight to their pocket. It’s happens everywhere in the world and the Islam Hadhari shield also can’t bear the trick because they are immune to critics and sometime almost untouchable.

Dont’ ask me which sector i live in because it’s apply to all. I don’t know how long i can survive this…at least on a decent track but you know…everything also Boleh one….

Salam buat dunia!

May 7, 2008

Salam buat semua. Saya memanjatkan syukur kehadrat illahi kerana akhirnya saya dapat mewujudkan blog ini yang telah lama saya fikirkan. Ya sebelum ini saya pernah menulis dibeberapa ruang blog lain namun setelah difikirkan, rasanya wordpress lebih sesuai kerana punya kategori dan lain-lain.

Mewujudkan sebuah blog cukup mudah. saya mengambil masa tak sampai 10 minit untuk membuat blog ini. Namun untuk maintain isi dan ceritanya bukan sesuatu yang mudah erana laman blog adalah berbentuk peribadi. Ia sama seperti anda berkata-kata yang lahir dari hati. Jadi apa yang kita tulis di blog adalah luahan kata dari hati dan bukan mudah untuk berlaku jujur. Hati-hati juga menuliskan kata-kata kalau tidak anda ke penjara (haha..). Ia ia realiti di bumi mistikus Tanah Melayu ini. Dan apa yang akan saya tulis dalam blog lebih kepada apa yang terlintas di minda.

Kenapa Wajah-wajah? Kalau Filem Kita Wajah Kita, kenapa tidak Blog Kita, Wajah Kita? hehe..ini kerana apa yang nak saya tulis meliputi semua yang berlaku di Malaysia dan sekeliling saya. Melihat wajah-wajah Malaysia dari mata seorang marhain (bukan kacamata kerana aku tak pakai spek). Kenapa kejap-kejap aku cakap aku dan kejap2 saya? Sebab kita manusia. Kadang kita boleh beradab dan kadangkala terlanjur bicara dan tiada manusia yang sempurna. Apa yang aku tulis dalam blog ini adalah cuba mencari kesempurnaan dalam diri aku dan keadaan sekeliling.

Jadi kalau korang sabar dan sanggup melayan minda aku ni, aku ucapkan terima kasih kawan. Semoga anda diberikan kesabaran untuk membaca walaupun tulisan aku ni taklah sehebat mana. Berjumpa lagi….